Profil

Pengenalan

KAYANGAN Property Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009 dibawah nama MZA Global Resources. Berbekalkan pengalaman dalam bidang korporat dan pembinaan selama lebih sepuluh tahun, pengasasnya mempunyai kredibiliti dan aspirasi untuk meneraju syarikat dengan jayanya.

Syarikat ini turut dibantu oleh beberapa kakitangan yang sangat berkaliber dan mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang pembinaan berkonsepkan kerjasama berpasukan.

Jumlah keseluruhan kakitangan KAYANGAN Property Sdn Bhd sehingga kini seramai 100 orang termasuk buruh binaan di tapak pembinaan, yang mana keutamaan diberi kepada bumiputera.

Pada awal penubuhannya, syarikat ini telah berjaya membina dan menjual beberapa buah rumah di sekitar Tanah Merah dan Machang.

 

Profil Pengarah

Nama : Mohd Zuraizi Azmi Bin Abdul Majid
Kelulusan : ACCA (UK), DIA (UiTM)

 

Profil Pengarah ii

Nama : Rosnadzirah Binti Ismail
Kelulusan : Msc (Accounting) UiTM, ACCA (UK), DIA (UiTM)

 

VISI, MISI & Objektif Syarikat

Motto

Amanah, Berkualiti, Cekap, Dedikasi

Sky is not a limit

Greenery and privacy is yours

Visi

Menjadi sebuah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah yang terulung dalam merealisasikan impian pembeli rumah untuk memiliki kediaman yang bermutu, selesa dan selamat diduduki.

Misi

Bertekad untuk menyediakan rekaan rumah yang inovatif, menggunakan bahan binaan yang berkualiti, memastikan kerja-kerja binaan dijalankan mengikut spesifikasi dan masa yang ditetapkan.

Objektif

Menyediakan rumah mampu milik serta mewah mengikut kehendak pembeli secara professional.